Sunday, March 1, 2009

Long-lasting breastfeeding my precious


Hmm..Since I was decided to breastfeed my bb, I know, I need to improve myself to be more discipline to concentrate on this journey. I must be stronger enough..if I’m failed, it’s mean I’m FAILED to be a good mother..because of wht?
Imam al'Syaf'i berkata : "sihat atau tidak ank itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu ataupun tidak walaupun sekali susuan"
Tambahan pula, makin lama anak disusukan oleh ibunya, makin taat anak itu terhadap ibunya kelak. Ini kerana, sambil menyusu, anak dekat dengan ibu, dekat dengan hati dan jantung ibu. jantung bayi dan ibu yang berdegup dapat dirasai bersama.

Andai ibu gembira pada saat itu, anak dapat merasainya. Jika ibu sedih pada saat itu, anak akan berasa dukacita. Anak juga memandang tepat wajah ibu tika menyusu. Mata ibu, hidung ibu, wajah itulah akan diingati anak sehingga akhir hayatnya. Beruntunglah para ibu yang mampu menyusukan bayinya sehingga berumur 2 tahun seperti digalakkan dalam islam.

Pahala ibu menyusukan bayi

  • wanita yang menyusukan bayinya dengan susu badan akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikan.
  • jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 tahun, maka malaikat-malaikan di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Sambil menyelam minum air. Apa salahnya sekiranya si ibu membasahkan bibir dengan melaungkan alunan merdu zikir munajat kepada Allah. Tiupan rasa cinta Rabb ini hendaklah disemai dari kecil lagi. Berzikir juga lebih baik daripada diam membisu seribu bahasa.




0 comments:

 
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by Miazariel Babykids | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks